2012年11月15日星期四




RANCANGAN PENGAJARAN SAINS

Tahun                         : 2M                
Bil. Pelajar                  : 29 orang
Tarikh                         : 8hb November  2011                           
Masa                           : 30 minit
Mata Pelajaran            : Dunia Sains
Tajuk                           : Sains Hayat
Sub Tajuk                    : Makanan Berkhasiat
Standard Pembelajaran : 1.2.2 mempraktikkan penggambilan pelbagai jenis makanan berkhasiat supaya 
                                              sihat.
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran pelajar  dapat :
                                        (Hasil Pembelajaran)
1.      Menyatakan contoh  makanan berkhasiat.
2.      Menampalkan pelbagai jenis makanan berkhasiat mengikut paras 
      tertentu.

Bahan Bantu Mengajar :         Kad gambar,  LCD Kad Manila
                                             

Nilai                                  Kerjasama , Displin


KBKK            : membanding beza, mengenal pasti, menganalisis, mencirikan
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar-pelajar telah tahu  tentang makanan
PELAKSANAN P&P :
LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI  PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN

SET INDUKSI
minit)

Beberapa kepinggambar makanan melalui LCD.









Meneliti gambar

Guru meransangkan minat murid dengan menunjukkan beberapa keping gambar makanan  melalui LCD kepada murid .

Guru menarik perhatian murid dengan mengajukan beberapa soalan.
Contoh soalan:
a. Ini gambar apa?
b. Sukakah anda makanan ini?



Pelajar meneliti gambar dan cuba menjawab soalan berdasarkan soalan-soalan rangsangan daripada guru.


BBM: Tayangan GambarMakanan, LCD

KBKK:mengenal pasti, menganalisis dan membanding beza

Kemahiran Generik :
Kemahiran bahasa, kemahiran Interpersonal dan kemahiran intrapersonal

Nilai:
Kerjasama


AKTIVITI 1   
 (8  minit)

Meneliti gambar pandangan alam sekitar dalam buku teks.

Guru membimbing murid meneliti gambar pyramid makanan.

Guru memberi penerangan tentang makanan berkhasiat berdasarkangambar pyramid makanan.


Pelajar mendengar dengan tekun.



BBM: gambar dalam LCD

KBKK:mencirikan

Kemahiran Generik :
Kecerdasan kinestetik

Nilai:
kerajinan


AKTIVITI 2
 (6  minit)

Langkah 1


Guru menunjukkan kad manila yang disediakan.

Guru memberi arahan.
Murid mendengar arahan guru.

Murid menampal gambar makanan di kertas manila mengikut paras.

Guru berbincang dengan murid.

BBM: KadManila, gambar makanan

KBKK:
Menjana idea,
menganalisis

Kemahiran Generik :
Kemahiran intrapersonal

Nilai: kerjasama


Aktiviti 3
( 6 minit )

Langkah 2
Permainan

Guru meminta murid membezakan makanan berkhasiat dengan makanan yang tidak berkhasiat.

Murid datang ke depan untuk memilih gambar makanan yang berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat.

Guru berbincang jawapan dengan murid-murid.


Guru membuat rumusan.



KBKK:Kemahiran menganalisis dan membuat kesimpulan

Nilai:
berdisiplin


PENUTUP
minit)

Murid membuat lembaran kerja

Guru mengagihkan lembaran kerja.

Murid membuat lembaran kerja.

Guru memantau.

Guru berbincang dengan murid.





KBKK:Kemahiran menganalisis dan membuat kesimpulan

Nilai:bertanggungjawab







2012年11月3日星期六

Lembaran Kerja


Kepentingan makan makanan berkhasiat


Kepentingan  makan  makanan berkhasiat
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.
Adakah diet kita  mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan garam.


Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.




Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

 

  
Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman.



Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu kita harus menentukan  apa yang terbaik untuk diri kita. Untuk memastikan kita makan berlebihan, kita mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian.

Diet kita menentukan keadaan kesihatan kita. Jadi  mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.